Video Jualan Vs Surat Jualan

Sekiranya anda memikirkan untuk menyediakan surat jualan untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan, anda mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan format video jualan atau pun format surat jualan biasa. Ada pakar internet yang mencadangkan untuk membuat video jualan kerana ia format surat jualan terbaru. Tetapi ada pakar internet lain pula mengatakan surat jualan biasa sudah terbukti berkesan dan tidak perlu menggunakan format video jualan.

Jadi format mana yang lebih baik?

Biar saya cuba kupas isu ini dengan lebih mendalam. Mungkin artikel ringkas ini boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan.

1. Konsep

Surat jualan biasa adalah berasaskan ayat-ayat yang disusun-atur menurut format tertentu untuk menimbulkan rasa teruja pelanggan untuk membuat pembelian di sesebuah laman web jualan. Ia bermula dengan ayat utama yang menarik perhatian, diikuti dengan maklumat berkenaan produk, kelebihan-kelebihan produk, testimoni pelanggan dan juga butang Call-To-Action atau butang Tindakan yang menjemput pelanggan untuk membuat pembelian.

Manakala video jualan juga mengandungi maklumat yang sama seperti surat jualan biasa. Bezanya cuma video jualan adalah berkonsepkan rakaman video, sama ada menggunakan gambar wajah pemilik produk ataupun ‘screenshare’ daripada komputer. Video tersebut turut menerangkan maklumat produk, testimoni pelanggan dan butang Tindakan.

2. Penampilan

Surat jualan biasa menampilkan format bertulis, yang mengandungi ayat-ayat jualan. Dari awal laman web sehingga penghujung, hanya ayat-ayat dan gambar-gambar dipaparkan untuk pelanggan membuat keputusan. Dalam situasi ini, pelanggan perlu membaca ayat-ayat tersebut untuk memahami isi kandungan surat jualan tersebut. Namun kelebihannya adalah mereka boleh melangkau sesetengah bahagian untuk pergi ke bahagian yang mereka inginkan sahaja.

Video jualan pula menerangkan ayat jualan dalam bentuk paparan video. Lazimnya laman web ini tidak sepanjang surat jualan biasa, kerana pelanggan tidak perlu menggunakan tetikus untuk berpindah ke setiap perenggan. Pelanggan cuma perlu menonton video yang dipaparkan dari awal sehingga akhir video untuk sampai ke butang Tindakan. Namun demikian, kekurangan menggunakan format video adalah pelanggan perlu menonton keseluruhan video sebelum memahami kandungan ayat jualan sebelum mereka boleh sampai ke butang Tindakan.

3. Kuasa memikat

Bagi sesetengah pelanggan, mereka lebih sukakan ayat berbanding video. Mereka lebih terpikat kepada ayat-ayat jualan yang dipaparkan kepada mereka, kerana antara lain, mereka boleh membuat perbandingan antara beberapa poin penting berkenaan produk atau perkhidmatan tersebut dan kembali semula ke poin yang pernah dibaca sebelum ini.

Berbanding video, pelanggan agak sukar untuk membuat perbandingan poin kerana semuanya dipaparkan secara video kepada mereka. Mereka juga kadang-kadang tidak diberikan pilihan untuk mempercepatkan atau melambatkan video tersebut. Namun kelebihan menggunakan video adalah pelanggan tidak perlu bersusah payah membaca, mereka cuma perlu duduk di hadapan komputer dan menonton dan mendengar paparan ayat jualan yang diceritakan kepada mereka. Bagi pelanggan seperti ini, mereka lebih terpikat dengan video jualan kerana menonton video lebih menonjol berbanding surat jualan biasa. Format video juga membolehkan anda untuk melakukan pelbagai perkara menarik seperti animasi, dialog dan sebarang teknik video lain dengan tujuan untuk menarik minat penonton. Kelebihan ini tidak terdapat pada format surat jualan biasa.

4. Perbandingan niche

Tanpa mengira apa sahaja niche yang anda pilih untuk promosikan, tidak ada beza atau perbandingan niche untuk anda memilih sama ada surat jualan ataupun video jualan. Oleh itu, kedua-duanya berpotensi menjadi ayat jualan yang berkuasa untuk strategi promosi anda tanpa mengira apa sahaja niche pilihan anda. Yang penting adalah anda memerlukan ilmu copywriting atau penulisan ayat jualan yang hebat sebelum menyediakan surat jualan atau video jualan. Sekiranya anda tidak punyai kemahiran ini, anda boleh mengupah penulis surat jualan professional untuk menyediakan ayat jualan untuk promosi tersebut.

5. Potensi Perkongsian

Daripada aspek perkongsian surat jualan ataupun laman web promosi itu tadi, butang ‘share’ boleh dimasukkan ke dalam kedua-dua format surat jualan biasa dan juga video jualan. Oleh itu penyedia laman web perlu sentiasa bersedia untuk memasukkan butang ini ke dalam dua-dua format laman web.

Namun, sekiranya dilihat daripada aspek potensi perkongsian viral laman web, video jualan tampil sebagai lebih mudah untuk dikongsikan di laman-laman web dan juga media sosial kerana pengguna media sosial lebih mudah tertarik kepada video berbanding ayat biasa. Dengan satu butang sahaja, video jualan tersebut boleh tersebar secara viral dalam tempoh yang singkat berbanding surat jualan biasa. Ini adalah kerana surat jualan lazimnya mempunyai ayat-ayat yang mungkin terlalu panjang untuk dikongsikan melalui media sosial.

6. Potensi enjin carian

Seterusnya, daripada aspek potensi enjin carian, ada pendapat yang mengatakan surat jualan biasa mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk dioptimakan dengan Optimasi Enjin Carian atau Search Engine Optimization (SEO) berbanding video jualan. Ini sudah tentu berikutan format ayat yang terkandung di dalam surat jualan itu tadi berupaya memuatkan banyak kata kunci yang relevan dan disertakan dengan data meta yang amat penting dalam sesebuah usaha SEO.

Namun untuk situasi video jualan pula, ramai terlepas pandang bahawa enjin carian sudah mula membuka ruang kepada carian video seperti Youtube dan Screenr. Video-video yang kaya dengan deskripsi meta dan kata kunci akan mendapat kedudukan yang agak baik di laman pertama keputusan enjin carian. Fungsi ini sudah tentu tidak terdapat bagi sesebuah surat jualan biasa kerana ia tidak berkonsepkan video.

7. Potensi Bertindak

Akhir sekali, dilihat daripada aspek Call-To-Action atau aspek Bertindak di pihak pelanggan, pilihan manakah yang agaknya lebih berpotensi untuk mendapatkan pelanggan membuat pembelian daripada laman web tersebut? Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa surat jualan biasa adalah lebih baik daripada video jualan dan begitu juga sebaliknya. Pertimbangan yang lebih penting adalah kandungan ayat jualan dan bagaimana ia disusun untuk dipersembahkan kepada pelanggan. Ia tidak mengira format ayat tersebut adalah surat jualan biasa ataupun video jualan.

 

Itulah dia beberapa perbandingan di antara video jualan dan surat jualan biasa bagi membantu anda membuat keputusan kaedah promosi yang mana lebih sesuai untuk produk atau perkhidmatan yang anda ingin promosikan. Sudah tentu tiada jawapan khusus bagi situasi ini. Ianya terpulang kepada persepsi para pelanggan anda. Oleh itu, anda perlu membuat ujikaji anda sendiri untuk menilai respon terbaik pelanggan-pelanggan anda terhadap 2 format promosi jualan ini. Pada pendapat saya, sekiranya produk atau perkhidmatan yang anda promosikan adalah seperti apa yang diinginkan, sudah pasti mereka akan mendapatkannya daripada anda walau apa pun format promosi yang anda gunakan pada surat jualan anda.

Selamat mencuba dan salam kejayaan.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (1 comment so far)


  1. Fuzaimy Felany
    7 months ago

    Terima kasih atas perkongsian. Terdapat perbezaan antara video jualan dan surat jualan.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

New Page 1
 

New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.