Strategi Kandungan Email “Power”

Sebagai kesinambungan kepada artikel blog sebelum ini mengenai Rahsia Tajuk Email “Killer”, di dalam artikel pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai strategi menghasilkan kandungan email yang power.

50% kejayaan anda sebagai seorang usahawan internet adalah apabila anda berjaya menarik perhatian subscriber untuk membuka email yang telah anda hantar kepada mereka disebabkan tajuk email anda yang “killer”. Baki 50% pula adalah dari segi impak kandungan email yang anda berikan sehingga mampu menggerak si pembaca untuk melakukan apa jua yang anda inginkan seperti mengunjungi sesuatu laman web, membuat pembelian, mengambil survey dan apa juga perkara lain yang anda inginkan.

Berikut adalah beberapa tip untuk menghasilkan kandungan email yang power:

1.    Ringkas & Mudah

Gunakan cara penyampaian isi kandungan yang ringkas dan mudah. Anda bukan menghasilkan sebuah novel! Oleh itu, tidak perlu menghasilkan satu email yang panjang dan berjela-jela. Sudah memadai anda gunakan ayat yang senang difahami dan dibaca. Elakkan dari menggunakan ayat yang berbunga-bunga dan tidak jelas. Anda harus ingat bahawa ruang lingkup perhatian atau Attention Span seseorang pengguna internet tidak panjang. Selalunya ianya dalam jangkamasa 3 – 7 saat sahaja. Oleh itu, apa yang anda tulis di dalam emel anda perlu boleh terus menyampaikan kehendak anda. Keep It Simple!

2. Asingkan Pautan URL

Jika tujuan anda menghantar emel tersebut adalah untuk menyuruh si pembaca mengunjungi sesuatu laman web atau membuat pembelian menerusi satu laman web khas, pastikan anda mengasingkan pautan url tersebut daripada ayat atau perenggan yang telah anda tulis. Pautan tersebut perlu boleh dilihat dengan mudah dan dapat dibezakan daripada tulisan anda yang lain. Dengan berbuat demikian, maka akan lebih mudah si pembaca bertindak mengunjungi laman web tersebut kerana pautan url tersebut mudah dikesan di sebalik kandungan email anda yang lain.

3. Gaya Bahasa Santai

Sebagai manusia, kita akan lebih tertarik untuk meneruskan bacaan emel-emel santai yang kita terima. Dengan membaca emel-emel yang berbentuk santai, ia mampu menghilangkan stres si pembaca yang telah letih kerana sudah membaca banyak emel berkaitan kerja pejabat atau tugas belajar. Emel yang berbentuk santai akan mampu untuk terus menarik minat kita untuk membaca sehingga habis. Oleh itu, cuba usahakan untuk menulis emel dengan gaya penulisan yang santai dan tidak terlalu formal atau “skema”. Ia akan mampu membantu anda untuk mencapai objektif yang anda inginkan untuk emel tersebut.

4. Guna Cerita

Satu cara untuk memudahkan pemahaman si pembaca tentang kandungan emel anda adalah dengan menggunakan teknik penulisan secara bercerita. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku di dalam kehidupan anda sebelum ini dalam bentuk cerita untuk memudahkan si pembaca memahami emel anda itu. Jika anda sedang mempromosikan satu produk untuk melangsingkan badan, mungkin anda boleh berkongsi tentang keadaan semasa menghadapi masalah berat badan sebelum ini dan bagaimana ia telah menyukarkan kehidupan anda. Setelah anda menggunakan produk tersebut, maka berat badan berjaya diturunkan dengan selamat dan kini kehidupan anda lebih ceria. Kita lebih mudah untuk memahami dan menghayati cerita yang kita baca, Oleh itu, anda boleh menggunakan teknik penulisan cerita untuk isi kandungan emel.

Saya berharap 4 teknik penulisan kandungan emel yang power ini boleh anda aplikasikan di dalam usaha penulisan emel anda. Insya-Allah anda akan dapat melihat impak yang besar di dalam respon emel anda selepas ini.

Sehingga bertemu di kesempatan yang lain. Salam hormat dan salam kejayaan!

Facebook Comments:

Leave A Reply (No comments so far)

No comments yet

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.