Rahsia Tajuk Email “Killer”

Setiap individu yang mahu memulakan bisnes internet WAJIB memiliki sistem autoresponder seperti yang disediakan oleh Aweber dan GetResponse untuk membantunya di dalam membina senarai subscriber.

Sistem autoresponder yang baik akan mampu memudahkan komunikasi anda dengan semua individu yang berada di dalam senarai anda melalui emel.

Cabaran seterusnya setelah anda memiliki senarai subscriber anda sendiri adalah untuk memastikan mereka membuka dan membaca setiap emel yang anda hantar kepada mereka.

Jika mereka mendaftarkan diri di dalam senarai subscriber tetapi langsung tidak pernah membuka emel anda, maka anda sudah pasti tidak akan mampu menjana wang menerusi pembelian mereka dalam jangkamasa yang panjang.

Seseorang usahawan internet yang berjaya akan mampu “memancing” sebilangan besar subscriber-nya untuk membuka, membaca emel dan seterusnya bertindak berdasarkan maklumat atau promosi yang terdapat di dalam emel tersebut.

Secara purata, peratusan pembukaan emel oleh subscriber untuk bisnes internet adalah dalam lingkungan 1% – 10%. Sekiranya anda mampu mencapai peratusan pembukaan emel melebihi lingkungan tersebut, maka anda mempunyai kebolehan untuk menarik minat subscriber untuk membaca emel daripada anda.

Di dalam ruangan blog Jejak Usahawan Internet pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 cara mudah untuk meningkatkan peratusan pembukaan emel yang anda hantar kepada subscriber dengan menggunakan tajuk emel yang “killer”!

Mari kita mulakan…

 

1. Tajuk Jelas

Di dalam menghasilkan tajuk emel, mungkin terlintas di minda anda untuk menggunakan sedikit kreativiti di dalam tajuk emel anda itu. Boleh jadi anda sengaja menggunakan sesuatu tajuk yang mempunyai maksud yang kurang jelas atau tersembunyi dengan tujuan untuk menarik minat subscriber.

Berhati-hati apabila anda menggunakan teknik ini. Kreativiti anda di dalam menghasilkan tajuk emel tersebut boleh mengundangkan kemarahan atau kekecewaan daripada subscriber anda apabila ianya tidak sama atau tidak berkait dengan kandungan emel anda. Setelah subscriber anda marah atau kecewa, maka akan menjadi lebih sukar untuk memujuk mereka semula untuk membaca emel-emel lain daripada anda pada masa hadapan.

Anda perlu faham bahawa para subscriber anda turut mendapat pelbagai emel daripada pihak lain pada setiap hari. Oleh itu, mereka mungkin kekurangan masa atau kesabaran untuk membaca emel-emel yang dianggap tidak penting oleh mereka. Jika tajuk emel yang anda gunakan merujuk kepada perkara lain tetapi kandungannya sesuatu yang jauh berbeza, maka anda akan kehilangan kepercayaan mereka untuk membaca emel-emel anda pada masa hadapan.

Dalam pada itu, pastikan anda memberikan tajuk emel yang jelas dan berkaitan dengan kandungan emel anda. Sedikit kreativiti di dalam menghasilkan tajuk emel anda tidak menjadi masalah asalkan ianya tidak keterlaluan dan masih berkaitan dengan kandungan emel tersebut.

2. Kongsi Kisah

Sebilangan besar individu akan lebih responsif kepada emel-emel yang berkaitan dengan kisah kehidupan berbanding emel-emel yang cuma memberikan data atau statistik. Oleh itu, satu strategi “killer” adalah dengan menggunakan tajuk-tajuk emel yang lebih bersifat peribadi dan mengenai kehidupan seharian anda.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang penjual produk kesihatan dan telah menjual produk kesihatan tersebut kepada seorang nenek yang akhirnya telah sihat dan boleh berlari, satu tajuk emel yang menarik adalah “Nenek tu berlari memotong saya…” Tajuk emel ini memang sesuatu perkara yang terjadi di dalam kehidupan anda dan sudah pasti para subscriber akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut kandungan emel disebabkan tajuk yang menarik itu. Tajuk emel ini lebih menarik berbanding jika anda menggunakan tajuk emel formal seperti “Produk Kesihatan Untuk Golongan Dewasa Berumur”.

 

3. Tanya Soalan

Salah satu lagi strategi tajuk emel yang “killer” adalah dengan mengajukan persoalan kepada para subscriber anda. Persoalan yang anda ajukan perlukan berkaitan dengan sesuatu masalah yang ingin anda kongsikan atau selesaikan bagi pihak subscriber anda. Secara tidak langsung, strategi bertanyakan persoalan ini akan membangkitkan emosi subscriber anda untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi sekiranya ianya berkaitan dengan persoalan anda itu.

Sebagai contoh, “Tidak pandai baca Al-Quran?”, “Masalah Perut Boroi?”, “Si dia ingin tinggalkan anda?” dan “Mahu jana wang 24 jam dari sekarang?” merupakan tajuk-tajuk emel berbentuk persoalan yang boleh terus menarik minat subscriber anda yang mempunyai masalah seperti apa yang telah anda ajukan di dalam persoalan anda.

 

4. Tindakan Segera

Strategi tajuk emel “killer” yang terakhir adalah dengan memberikan tajuk emel yang memerlukan tindakan pantas atau segera daripada si pembaca. Sebagai contoh, jika anda sedang melakukan jualan khas selama 3 hari sahaja, maka anda boleh menggunakan emel notifikasi untuk setiap hari dalam masa 3 hari tersebut.

Sebagai contoh, tajuk emel hari pertama boleh anda tulis seperti berikut: “Jualan Khas Selama 3 Hari SAHAJA!”, tajuk emel hari kedua pula boleh ditulis sebagai: “Jualan Khas Tinggal 2 Hari Lagi!” dan tajuk emel hari terakhir pula boleh ditulis sebagai: “Ini Hari TERAKHIR! Beli Sekarang!”

Anda boleh gunakan kreativiti untuk memberikan tajuk emel yang bersesuaian dengan tindakan segera yang anda perlukan dan mengingatkan subscriber anda tentang jumlah masa yang semakin berkurangan untuk mereka bertindak.

 

 

Anda boleh menggunakan kesemua strategi tajuk emel “killer” yang telah saya kongsikan di sini untuk membantu meningkatkan pembukaan emel oleh subscriber anda. Jika anda mampu menarik minat subscriber untuk membaca emel, maka anda sudah berjaya mencapai 50% kejayaan. Baki 50% pula adalah apabila anda mampu memberikan kandungan emel yang menarik dan membolehkan mereka untuk bertindak. Insya-Allah saya akan kongsikan strategi ini di dalam artikel saya yang seterusnya.

Sehingga berjumpa lagi pada masa hadapan, salam hormat dan salam kejayaan!

Tags: , , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (3 comments so far)


  1. faiz
    4 years ago

    terima kasih kepada mr ery di atas ilmu yang diberikan,semoga bermanfaat kepada saya..


  2. Hanif
    4 years ago

    Bagus perkongsian ini, saya baru saja nak mendalami ilmu email marketing 😀


  3. Anas
    4 years ago

    Terima kasih atas tips dan panduan dari tuan,ia sangat2 membantu.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.