Rahsia Pembantu Maya untuk Usahawan Internet

Sebagai seorang usahawan internet, lebih-lebih lagi sekiranya anda menguruskan bisnes internet anda secara seorang diri, sudah pasti terdapat pelbagai tugasan yang perlu anda lakukan setiap hari. Mungkin anda perlu menghasilkan produk, melakukan promosi, berhubung dengan pelanggan, menguruskan emel dan media sosial, menyimpan rekod perniagaan dan pelbagai tugasan lain.

Sekiranya anda mendapati urusan pentadbiran dan sampingan perniagaan telah mulai mengambil alih fokus utama anda – iaitu membuat jualan dan menjana wang yang banyak – itu mungkin petanda anda memerlukan perkhidmatan seorang Pembantu Maya atau Virtual Assistant.

Siapakah Pembantu Maya?

Seorang pembantu maya adalah individu yang boleh membantu perniagaan internet anda secara maya iaitu secara online, dan lazimnya anda tidak perlu langsung bersua muka dengannya. Namun mereka wujud, bahkan anda boleh menggunakan mereka untuk menguruskan kerja-kerja pentadbiran dan sampingan bisnes internet seperti membalas emel pelanggan, menguruskan interaksi di media sosial, menyimpan rekod dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan perkhidmatan Pembantu Maya untuk membantu bisnes internet anda:

1. Fokus kepada perkara utama dalam perniagaan anda – iaitu membuat jualan dan menghasilkan wang! Biarkan pembantu maya yang menguruskan hal pentadbiran bisnes internet, manakala anda sendiri yang uruskan jualan dan aliran wang keluar masuk.

2. Menjimatkan masa kerja anda – anda tidak lagi perlu meluangkan masa yang panjang untuk membalas emel, meninggalkan komen di ruangan forum, membuat posting di media sosial dan lain-lain lagi. Oleh itu, anda dapat optimumkan masa kerja untuk membuat jualan.

3. Menjimatkan wang – dari satu aspek, anda tidak perlu membayar gaji pekerja sepenuh masa, mengambil polisi insurans untuk pekerja, membayar elaun dan kos-kos lain kerana lantikan seseorang pembantu maya adalah berdasarkan satu-satu projek (project based).

4. Tidak perlu sediakan ruang pejabat – ini adalah kerana pembantu maya bekerja daripada rumah atau ruang pejabat mereka sendiri, jadi anda tidak perlu runsing untuk menyediakan ruang untuk ‘pekerja’ anda membuat kerja-kerja pentadbiran. Interaksi antara anda dan pembantu maya adalah melalui medium internet atau telefon semata-mata.

5. Kualiti kerja yang lebih baik – disebabkan pembantu maya menjalankan tugas mereka di ruang kerja di tempat sendiri, mengikut tempoh kerja yang sesuai dengan diri mereka sendiri, maka kualiti kerja adalah lebih baik berbanding sekiranya mereka bekerja di ruang pejabat.

Apakah tugasan yang boleh dilakukan oleh seseorang Pembantu Maya?

Sebenarnya tugasan mereka hanya dibataskan oleh kreativiti anda sebagai seorang usahawan internet.

Di antara tugasan yang boleh anda berikan kepada Pembantu Maya anda adalah seperti berikut:

1. Simpanan rekod – pembantu maya boleh membantu untuk menyimpan rekod dan dokumen-dokumen berkaitan bisnes internet anda seperti bil-bil, penyata akaun, baucer, dan sebagainya. Tidak kira dokumen-dokumen ini dalam bentuk fizikal atau online, anda boleh serahkan sahaja kepada mereka untuk merekodkannya dan mengembalikan kepada anda apabila diperlukan kelak.

2. Kajian online – sebahagian besar bisnes internet melibatkan kajian yang perlu dilakukan secara online, dan ini kebiasaannya mengambil masa yang panjang. Anda boleh mengupah seorang pembantu maya untuk melakukannya, dan membantu anda untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai sesuatu niche produk atau bisnes, prestasi Optimasi Enjin Carian (SEO) laman web jualan dan laman web promosi, senarai pembekal untuk sesuatu produk atau perkhidmatan, maklum balas pelanggan sedia ada berkenaan produk atau perkhidmatan bisnes internet anda, dan lain-lain kajian lagi di internet.

3. Memasukkan data – pembantu maya juga mempunyai kemahiran untuk memasukkan data untuk tujuan analisa atau rekod, seperti maklumat urusniaga pelanggan, butiran penghantaran dan tarikh penerimaan, butiran pelanggan dan sebagainya. Data yang dimasukkan semuanya berkaitan dengan bisnes internet anda dan rekod akan sentiasa tersedia apabila anda memerlukannya kelak. Jadi, anda tidak perlu peningkan kepala memikirkan rekod-rekod tersebut. Serahkan sahaja kepada pembantu maya anda untuk uruskannya.

4. Menguruskan emel – kebanyakan interaksi dalam bisnes internet melibatkan emel, seperti komunikasi dengan prospek pelanggan, pelanggan sedia ada, rakan JV, rakan usahawan online yang lain, dan ramai lagi. Kadang-kadang, pengurusan emel boleh mengambil sebahagian besar masa dan usaha anda untuk membaca emel, membalas, membuat keputusan dan sebagainya. Anda boleh melantik seorang pembantu maya untuk menguruskannya. Sebagai contoh, mereka boleh menghantar emel terima kasih kepada pelanggan yang baharu membuat pembelian, membalas sebarang emel daripada pelanggan yang memberikan testimoni, menghantar ucapan selamat kepada rakan JV dan rakan-rakan usahawan dan sebagainya. Ini sudah tentu mengurangkan tugas anda dalam pengurusan emel yang efektif!

5. Kemaskini media sosial – pada hari ini, kewujudan sesebuah bisnes internet melalui media sosial sudah menjadi kewajipan. Kalau tidak mempunyai akaun Facebook, Twitter ataupun blog, anda boleh dianggap ketinggalan zaman. Media sosial adalah medium yang baik untuk bisnes internet kerana di sana terdapat ramai prospek pelanggan yang berkumpul, dan rakan-rakan usahawan yang lain telahpun menggunakan medium ini untuk pemasaran produk atau perkhidmatan mereka. Anda boleh menggunakan khidmat pembantu maya untuk membantu mengemaskini profail media sosial anda dan juga membalas sebarang posting atau komen daripada pelanggan di sana.

6. Mengurus jadual kerja – seorang pembantu maya juga boleh membantu untuk menguruskan jadual kerja anda sebagai seorang usahawan online. Sebagai contoh, mereka akan mengingatkan anda agenda bisnes untuk sepanjang minggu tersebut seperti pertemuan online dengan pelabur daripada luar negara, seminar usahawan yang perlu dihadiri, tarikh akhir untuk membuat promosi bagi pelancaran produk dan sebagainya.

7. Tugasan sampingan – pembantu maya juga boleh melakukan tugas-tugas sampingan seperti mencari hotel dan membuatkan tempahan, menyemak jadual kapal terbang dan membuatkan tempahan, membeli buku atau sesuaut produk yang anda perlukan, ataupun menghantar kad atau nota terima kasih kepada pelanggan dan rakan JV.

Sesungguhnya bantuan seseorang Pembantu Maya memang akan dapat memberikan impak yang besar kepada pengurusan masa anda sebagai seorang Usahawan Internet. Tujuan utama anda menjadi seorang usahawan internet adalah untuk memiliki lebih banyak masa terluang. Jika anda memiliki terlalu banyak tugasan di dalam bisnes internet anda, maka sudah pasti ia akan memakan banyak masa anda.

Dalam pada itu, pertimbangkanlah penggunaan perkhidmatan Pembantu Maya untuk membantu bisnes internet anda untuk lebih berkembang.

Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya.

Tags: , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (4 comments so far)


  1. Eddie
    4 years ago

    Sebagai seorang usahawan internet, kerjanya terlalu banyak sampai tak terbuat-buat. Bila banyak kerja tertangguh, fokus untuk marketing & sale hilang dek stress…

    Saya dah mula ‘outsource’ kerja-kerja yang bukan bidang saya kepada ahlinya. Mungkin terpaksa keluarkan belanja lebih, tapi ianya lebih baik dari membuang masa yang begitu berharga.


  2. Ahmad Tarmizi
    4 years ago

    Salam tuan terima kasih tetapi siapa dia pembantu maya 2.Boleh tuan cerita lebih lanjut.Terima kasih 🙂


  3. Fairuza Mansor
    3 years ago

    Salam Tuan,

    Boleh Tuan cadangkan nama2 program pembantu maya yang terbaik? Terima kasih. 😉


  4. Sani
    2 years ago

    Ini pun salah satu daripada freelancer job yang menarik untuk diusahakan jika anda sudah mahir dalam sesuatu bidang itu.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.