Rahsia Pemasaran Despicable Me

Betapa pantasnya masa berlalu Kini kita sudah menjejak kaki ke bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadan Al Mubarak. Di dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Jejak Usahawan Internet yang beragama Islam. Saya doakan semoga ibadah puasa kita pada tahun ini akan mendapat keberkatan sepenuhnya daripada Allah S.W.T.

Di dalam ruangan artikel pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu rahsia pemasaran yang saya kira sebagai satu strategi pemasaran yang cukup hebat dan berkesan yang telah saya amati sepanjang penghasilan cerita animasi Despicable Me, Despicable Me 2 dan juga cerita lanjutan yang bakal muncul pada tahun hadapan.

Pada minggu yang lalu, saya telah membawa isteri dan anak-anak saya untuk menonton cerita animasi terkini di panggung wayang iaitu Despicable Me 2. Kepada anda yang mungkin tidak mengenali cerita animasi ini, ia merupakan cerita sambungan kepada cerita Despicable Me yang telah disiarkan pada tahun 2010. Ianya mengenai satu keluarga yang terdiri daripada seorang bekas penjenayah yang kini menjadi hero dan 3 orang anak angkatnya. Si bekas penjenayah tersebut mempunyai berpuluh-puluh pembantu yang berwarna kuning yang digelar sebagai kumpulan Minion.

Saya tidak ingin mengulas dengan panjang lebar tentang jalan ceritanya di sini… Apa yang ingin saya kongsikan adalah dari segi strategi atau rahsia pemasaran yang telah dilakukan oleh syarikat penerbit cerita ini untuk menarik minat orang ramai untuk menonton siri cerita animasi ini yang seterusnya membolehkan mereka untuk menjana wang yang besar secara berterusan.

Semasa cerita Despicable Me ini ditayangkan pada tahun 2010, pihak penerbit langsung tidak menyangka yang cerita tersebut akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Apa yang lebih menarik adalah sambutan menggalakkan itu bukan disebabkan oleh watak-watak utama yang ditonjolkan di dalam cerita tersebut tetapi adalah disebabkan telatah comel dan melucukan watak-watak sampingan cerita tersebut iaitu Minion yang berjaya mencuri hati semua penonton.

Setelah menghasilkan cerita pertama, pihak syarikat penerbit telah menyedari hakikat bahawa watak-watak sampingannya berpotensi untuk dijadikan watak utama di dalam cerita animasi mereka sendiri. Oleh kerana itu, mereka telah berusaha untuk menerbitkan satu cerita khas bertajuk Minion yang akan dibintangi oleh watak-watak kuning tersebut dan ianya akan ditayangkan pada tahun 2014 ini.

Penghasilan cerita lanjutan iaitu Despicable Me 2 yang ditayangkan pada tahun ini merupakan salah satu cara untuk menjana keuntungan berterusan daripada kejayaan cerita pertama sebelum ini. Ia juga akan menjadi sebagai pembina motivasi dan menarik keinginan penonton untuk menonton cerita Minion apabila ianya ditayangkan pada tahun hadapan. Inilah sebenarnya rahsia pemasaran yang ingin saya bongkarkan kepada anda

Oleh itu, apakah perkara-perkara penting yang boleh kita pelajari daripada kisah Despicable Me 2 ini?

Pertama, semasa anda menjual sesuatu produk atau perkhidmatan, boleh jadi ianya tidak mencapai keuntungan atau kejayaan seperti mana yang anda harapkan. Tetapi jangan terus berputus asa atau bersedih di atas keadaan tersebut. Cuba kenal-pasti peluang-peluang lain yang mungkin boleh anda ketengahkan hasil daripada projek pertama anda itu. Boleh jadi anda mendapati terdapat permintaan yang lebih tinggi terhadap satu produk atau perkhidmatan lain yang anda tawarkan sebagai produk sampingan berbanding produk atau perkhidmatan utama yang anda berikan. Ini mungkin menjadi peluang untuk anda mengembangkan dan mengetengahkan produk atau perkhidmatan sampingan itu sebagai produk atau perkhidmatan utama selepas ini dan ianya membolehkan anda menjana keuntungan yang lebih lumayan dalam jangkamasa panjang.

Perkara kedua yang boleh anda pelajari daripada kisah ini adalah jika anda telah mencapai kejayaan dengan salah satu produk atau perkhidmatan, cuba kembangkan kejayaan anda dengan menawarkan produk atau perkhidmatan lanjutan yang berkaitan dengan produk pertama anda tadi. Sebagai contoh, jika anda telah berjaya mendapat keuntungan yang lumayan dengan menjual produk digital mengenai cara untuk menjana wang tambahan semasa bulan puasa, anda boleh hasilkan produk digital lain yang berkaitan seperti cara untuk mendapatkan bekalan barangan jualan untuk bulan puasa dan produk ini anda pasarkan kepada pelanggan yang telah membeli produk utama anda sebelum ini. Strategi ini akan memastikan anda boleh menjana keuntungan yang berlipat-kali ganda daripada pelanggan yang sama.

Itulah sedikit perkongsian saya sempena bulan yang mulia ini. Saya berharap yang anda telah mendapat manfaat yang sewajarnya daripada perkongsian ini. Apa yang penting di sini adalah anda perlu berfikiran secara kreatif dan terbuka dan anda akan mampu melihat lebih banyak peluang penjanaan wang di dalam bisnes internet anda.

Sehingga berjumpa di ruangan lain, salam kejayaan dan selamat berpuasa.

Tags: , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (2 comments so far)


  1. Hanif Abdul Bahar
    4 years ago

    Nampaknya Despicable Me mengambil taktik upsell secara sembunyi melalui watak Minion. 😀


  2. Sani
    2 years ago

    Ia bukan setakat hiburan sahaja, malahan kita boleh belajar sesuatu darinya samnya seperti teknik yang digunakan oleh Lego untuk memasarkan produknya dipasaran dunia.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.