Memulakan Unique Selling Preposition (USP) Hebat!

Selamat bertemu di dalam artikel saya pada kali ini. Di dalam artikel ini, saya ingin meneruskan perkongsian saya mengenai teknik memulakan Unique Selling Preposition (USP) yang hebat sebagai kesinambungan artikel saya sebelum ini mengenai Kepentingan Unique Selling Preposition (USP).

Sebelum anda boleh menghasilkan USP untuk bisnes internet, anda perlu jelas tentang keperluan pelanggan yang menjadi tumpuan anda. Apakah yang penting buat mereka? Apakah cara terbaik untuk anda mewujudkan perhubungan dengan mereka? Apakah masalah paling utama mereka dan bagaimana anda boleh membantu mereka mengatasinya?

Lebih jelas pemahaman anda tentang pelanggan anda maka akan lebih mudah untuk mewujudkan USP yang bersesuaian dengan mereka.

Apabila anda mula menghasilkan USP, cuba berfikir seperti anda sedang berada di tempat mereka sebagai seorang pelanggan. Fokuskan pemikiran anda kepada apa yang MEREKA anggap sebagai penting.

Salah satu proses untuk menghasilkan USP yang baik adalah dengan memikirkan apakah perkara yang boleh menarik perhatian pelanggan untuk membeli daripada anda dan bukannya daripada pesaing-pesaing anda.

Cuba fikirkan keunikan produk anda berbanding produk penjual lain yang terdapat di pasaran. Bagaimana ia boleh menyelesaikan sesuatu masalah, memudahkan sesuatu proses, memendekkan tempoh pembelajaran atau meningkatkan simpanan wang mereka?

USP produk anda merupakan kekuatan utama yang mampu menghasilkan satu jenama yang terkenal di dalam pasaran anda. Terdapat bisnes yang mempunyai USP yang amat kukuh sehingga mereka mampu mengenakan kos dua kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang dikenakan oleh pesaing-pesaing mereka kerena para pelanggan amat setia kepada mereka.

Salah satu contoh USP yang hebat adalah seperti apa yang ditawarkan oleh syarikat Domino’s Pizza. Sebelum mewujudkan USP khas mereka, syarikat tersebut telah hampir bankrap. Oleh itu, mereka memerlukan satu USP yang boleh terus membezakan mereka berbanding pesaing-pesaing mereka. Dalam pada itu, merek telah mewujudkan USP “Fresh, hot pizza delivered in 30 minutes or less or it’s free” atau dalam Bahasa Malaysia “Pizza segar dan panas dihantar ke tempat anda dalam masa 30 minit atau kurang atau ianya percuma”.

Satu lagi contoh USP yang baik adalah apa yang diberikan oleh syarikat Burger King yang sedang bersaing dengan syarikat McDonalds. Syarikat Burger King telah mewujudkan USP “Have it your way” atau dalam Bahasa Malaysia “Ikut cara anda”. Mereka membezakan syarikat mereka berbanding pesaing dengan membolehkan pelanggan untuk memilih apa yang ingin mereka letak di dalam burger mereka. Dengan memberikan kuasa untuk memilih kepada pelanggan mereka, maka USP mereka telah mencapai kejayaan.

Terdapat juga syarikat pesaing pizza yang lain seperti Papa John’s yang menggunakan USP khas iaitu “Better ingredients, better pizza” atau “bahan yang lebih baik, pizza yang lebih baik”. Kesemua syarikat yang mempunyai USP yang khas ini bertujuan untuk membezakan mereka dengan pesaing-pesaing mereka.

USP yang anda gunakan untuk bisnes internet ada akan mampu membezakan anda berbanding pemilik bisnes internet lain. Anda perlu pastikan yang USP anda bukan sahaja mudah untuk diingati tetapi juga boleh dipercayai. Tidak ada gunanya kita menjanjikan sesuatu di dalam USP kita tetapi kita sendiri tidak mampu memenuhinya.

Tanpa USP yang tersendiri, maka anda akan menghadapi masalah untuk membezakan diri anda dengan orang lain. Ia boleh menjadi satu penentu utama apabila seseorang pengunjung ingin memilih untuk membeli daripada anda ataupun daripada penjual lain.

Ambil masa yang sesuai untuk mewujudkan USP anda. Jangan terburu-buru menghasilkannya tanpa berfikir dengan teliti terlebih dahulu. USP anda perlulah boleh dinyatakan di dalam beberapa perkataan atau ayat sahaja. Ianya tidak perlu panjang dan perlu mampu menyampaikan mesej yang ingin anda sampaikan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Setelah anda memilih dan menetapkan USP, langkah seterusnya adalah anda perlu sertakan ia di dalam setiap bahan promosi anda seperti di dalam pemasaran emel, newsletter, Facebook, Pinterest, Forum dan laman web anda sendiri. Strategi ini akan dapat membantu mengukuhkan USP anda di mata dan hati pelanggan-pelanggan anda untuk jangkamasa panjang.

Jika anda belum lagi mewujudkan USP anda yang tersendiri, inilah masanya untuk anda bermula.

Sehingga berjumpa lagi di dalam kesempatan yang lain. Salam hormat dan salam kejayaan daripada saya!

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (1 comment so far)


  1. Hamid
    4 years ago

    Satu penerangan tentang USP yang panjang lebar dan cukup jelas. Kalau kita dapat lakukan USP seperti yang diterangkan oleh Sdr Eruwan Gerry memang produk kita akan diingati oleh pelanggan dan berbiza dengan orang lain.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.