Kuasa Viral Portal Pinterest

Di dalam artikel sebelum ini, saya telah berkongsi dengan anda sedikit pengenalan mengenai portal Pinterest dan bagaimana anda boleh menggunakan kekuatan portal tersebut untuk membantu memasarkan diri dan produk anda.

Di dalam artikel pada kali ini, saya ingin menyambung mengenai perkongsian potensi portal Pinterest iaitu dari segi pemasaran viral dan juga beberapa tip pemasaran lain untuk anda.

 

Pemasaran Viral Dengan Pinterest

Terdapat satu lagi komponen penting yang terdapat pada portal Pinterest iaitu ianya memudahkan pin-pin anda menjadi viral!

Sekiranya para pengunjung menyukai pin anda, maka mereka boleh memilih untuk re-pin kandungan pin anda itu dan ini boleh membantu memaksimakan pendedahan diri dan produk anda kepada orang lain. Maksud re-pin di sini adalah mereka boleh memaparkan semula pin anda itu di laman Pinterest mereka sendiri.

Sekiranya anda melihat dengan lebih terperinci pin-pin yang sedia ada, sebahagian besarnya adalah hasil daripada re-pin kandungan milik orang lain. Ada pin yang telah berjaya di re-pin sehingga ratusan kali!

Ahli lain juga boleh “like” pin anda dan jumlah like yang anda perolehi akan dipaparkan di bahagian bawah laman Pinterest anda.

Anda boleh menghasilkan imej untuk laman Pinterest anda dengan mudah. Anda tidak memerlukan sebarang grafik yang hebat atau perlu menyerahkan tugasan menghasilkan grafik kepada pereka grafik. Selalunya imej pin terbaik adalah imej yang mudah, berkaitan dan jelas.

Anda boleh menggunakan imej seperti ecover produk yang dipautan terus ke laman web jualan anda atau anda boleh menghasilkan imej yang berkaitan dengan sesuatu tajuk artikel yang anda paparkan di laman web atau blog anda sendiri.

Anda perlu menggunakan imej yang boleh terus menyampaikan maksud anda dan menarik perhatian orang lain.

Sebahagian besar imej yang digunakan oleh ahli-ahli Pinterest yang berjaya adalah imej yang mudah dan jelas. Ada juga ahli Pinterest yang turut menggunakan grafik yang lebih terperinci seperti carta, kandungan artikel dan juga imej kartun dengan jayanya untuk menarik perhatian orang lain.

Apa yang penting di sini adalah anda perlu kreatif di dalam menyediakan laman Pinterest anda.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk laman Pinterest anda:

  1. Gunakan imej yang melucukan atau berbentuk kartun yang berkaitan dengan niche pasaran anda dan bawa pengunjung ke satu artikel berkaitan produk atau barang jualan di laman web anda.
  2. Hasilkan laman Pinterest berasaskan pertandingan atau pemberian produk percuma untuk menggalakkan ahli lain untuk re-pin kandungan anda.
  3. Gunakan imej yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Anda boleh menggunakan gambar-gambar Royalty Free (tanpa perlu dibayar royalti) yang boleh anda perolehi di pelbagai laman web imej di internet.
  4. Gunakan imej berasaskan carta atau panduan langkah-demi-langkah sekiranya anda menjual produk atau barangan yang perlu menunjukkan bukti atau cara untuk melakukan sesuatu perkara seperti cara untuk mengurangkan berat badan.

 

Memaksimakan Pendedahan Untuk Mendapat Trafik Percuma

Portal Pinterest sebenarnya memberikan satu cara hebat kepada para pemilik perniagaan, usahawan internet dan juga affiliate untuk mendapatkan prospek dan pelanggan dengan mudah.

Anda sebagai affiliate boleh memaparkan imej yang akan membawa pengunjung ke artikel promosi produk affiliate di laman web anda sendiri. Dengan cara ini, para pengunjung yang berminat selepas membaca artikel anda akan bertindak mendapatkan produk affiliate yang telah anda promosikan itu.

Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan satu imej yang tertulis “Apple’s New iPhone Failure” yang akan membawa pengunjung ke artikel di laman web anda yang berkongsi tentang kelemahan pihak Apple untuk memenuhi keperluan pasaran sehingga menyebabkan peminat sukar untuk mendapatkan iPhone terkini tersebut. Secara langsung, anda boleh mengalakkan pengunjung tadi untuk mendapatkan iPhone terkini yang mereka inginkan terus melalui Amazon yang mana anda merupakan seorang affiliate yang mempromosikan produk-produknya.

Harus kita ingat bahawa portal Pinterest diwujudkan berdasarkan kuasa visual melalui imej-imej yang dipaparkan pada laman ahli-ahlinya. Oleh itu, ia mempunyai satu kuasa sosial yang kuat lebih-lebih lagi kepada mereka yang mudah terpengaruh dengan promosi secara visual.

Dengan menggunakan sedikit usaha dan kreativiti, anda boleh menggunakan portal Pinterest untuk mengembangkan lagi penjualan produk dan juga promosi diri anda sebagai seorang usahawan internet.

Selain itu, jangan lupa untuk meletakkan button “follow me on Pinterest” pada laman web atau blog anda untuk menggalakkan pengunjung untuk mengunjungi laman Pinterest anda. Ia akan memudahkan anda untuk menarik minat mereka untuk membeli berdasarkan promosi visual yang telah anda sediakan di laman Pinterest anda.

Mungkin anda masih lagi kurang jelas tentang cara untuk menggunakan portal Pinterest. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah untuk terus menjadi ahli portal Pinterest dan mencuba fungsi-fungsi yang disediakannya. Saya amat yakin anda akan dapat memahami cara untuk menggunakan portal tersebut dengan mudah setelah mula menggunakannya.

Selamat mencuba portal Pinterest dan salam kejayaan!

Tags: , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (No comments so far)

No comments yet

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.