Kepentingan Unique Selling Preposition (USP)

Adakah anda sedang menghadapi masalah untuk “menonjolkan” diri dan bisnes internet anda kepada pasaran?

Adakah anda terpaksa bersaing dengan ramai usahawan internet lain yang turut menjual barangan yang sama seperti anda?

Adakah anda sering bersedih kerana tidak mampu mendapat pemasaran yang sewajarnya untuk diri dan bisnes internet anda dan hanya mampu menjana pendapatan yang sedikit melalui internet?

Sekiranya anda menjawab “Ya” kepada soalan-soalan di atas, maka saya boleh andaikan bahawa anda sebenarnya menghadapi masalah yang lebih mendalam di dalam bisnes internet anda iaitu Unique Selling Proposition atau lebih dikenali sebagai USP yang kurang jelas.

 

Cabaran Usahawan Internet

Pada masa kini, amat mudah untuk kita memulakan bisnes internet kita sendiri. Namun demikian, masalahnya adalah anda bukanlah satu-satunya individu yang mempunyai niat tersebut. Pada setiap tahun, jumlah individu yang memulakan bisnes mereka sendiri melalui internet meningkat berlipat kali ganda. Mereka semua ingin mengambil bahagian mereka daripada peluang penjanaan wang yang besar melalui internet.

Sudah pasti berlaku masalah pasaran yang dipenuhi dengan maklumat atau barangan yang serupa. Sebagai contoh, di dalam pasaran produk digital untuk panduan penjanaan wang sebagai seorang affiliate, sudah ada ramai usahawan internet yang telah menghasilkan produk digital mereka sendiri sama ada dalam bentuk ebook, audio atau video untuk berkongsi tentang tajuk tersebut. Ini semakin menyukarkan usahawan internet baru untuk menghasilkan maklumat yang serupa dan menembus pasaran produk digital untuk pasaran tersebut.

Begitu juga dengan penjualan produk fizikal. Sudah semakin ramai usahawan internet yang mampu mendapatkan bekalan barangan dengan kadar yang murah dan menjualnya semula kepada orang lain melalui internet. Sudah pasti akan berlaku masalah kepada usahawan internet baru yang ingin menjual barangan yang sudah ada dijual di pasaran internet.

Oleh itu, strategi terbaik untuk menonjolkan diri dan bisnes internet anda di dalam lautan pesaing-pesaing adalah dengan mewujudkan dan memantapkan Unique Selling Proposition anda.

Apa Itu USP?

Secara mudahnya, Unique Selling Proposition atau USP merujuk kepada aspek diri anda atau bisnes internet anda yang berbeza berbanding individu atau bisnes internet yang lain. USP yang jelas dan kukuh akan dapat menyampaikan mesej kepada orang lain tentang kekuatan dan kelebihan diri dan bisnes internet anda berbanding pesaing-pesaing anda. USP yang mantap akan dapat memastikan anda dan bisnes internet anda akan dipilih oleh pengunjung apabila mereka membandingkan anda dengan usahawan-usahawan internet lain. Tanpa USP yang jelas dan kukuh, maka diri dan bisnes internet anda akan tengelam di dalam lautan dunia bisnes internet.

Tanpa USP yang jelas dan kukuh, maka ianya akan menjadi lebih sukar untuk mewujudkan penjenamaan yang mantap untuk diri dan bisnes internet anda. Anda akan sukar untuk dikenali dan sukar diingati apabila dilihat bersama usahawan internet lain.

 

Langkah Pertama Anda

Berita baik untuk anda di sini adalah diri, bisnes internet dan juga produk anda sudah mempunyai USP-nya yang tersendiri. Tugas utama anda sekarang adalah untuk mengetengahkannya dengan lebih jelas agar ianya ketara setiap kali anda melakukan pemasaran kepada prospek anda. Jika anda berjaya menonjolkannya, maka para prospek akan dapat memahami kekuatan anda dan bagaimana anda boleh membantu mereka untuk mencapai keinginan mereka. Ini juga akan memberikan alasan yang kukuh kepada mereka untuk membeli daripada anda dan bukannya daripada para pesaing anda.

Jadi di mana perlu anda bermula?

Bagaimana anda boleh memahami apa sebenarnya USP anda dan bagaimana untuk memastikan yang ianya jelas kepada para prospek anda?

Kesemuanya bermula dengan melakukan penilaian terhadap diri, bisnes internet dan juga produk yang anda tawarkan.

Anda perlu bertanyakan soalan-soalan berikut kepada diri anda:

  • Bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh menambah-nilai atau memperbaiki kehidupan orang lain?
  • Bagaimana anda atau produk anda boleh membantu orang lain?
  • Kenapa orang lain perlukan produk atau perkhidmatan anda?
  • Kenapa perlu mereka beli daripada anda dan bukannya daripada penjual lain?
  • Apa yang boleh anda tawarkan yang tidak boleh ditawarkan oleh penjual lain?

Lakukan langkah pertama iaitu dengan melakukan penilaian terhadap diri, bisnes internet dan juga produk anda. Ia merupakan cara paling utama untuk menentukan kekuatan dan kekurangan anda supaya anda boleh memperkenalkan dan memperbaiki USP anda.

Jika anda boleh menjelaskan dan mengukuhkan identiti dan juga bisnes internet dengan memiliki USP yang jelas, maka ia akan mampu memberikan kekuatan kepada diri dan bisnes internet anda untuk mencapai kejayaan berterusan untuk jangkamasa yang panjang.

Apa yang penting, dengan memiliki USP tersendiri, maka anda tidak akan tengelam di dalam lautan bisnes internet dan akan dapat menarik minat orang lain untuk yakin kepada kredibiliti dan reputasi anda sebagai seorang usahawan internet.

Insya-Allah di dalam artikel blog saya yang seterusnya selepas ini, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menggunakan prospek anda untuk menguatkan USP anda.

Sehingga berjumpa lagi pada masa hadapan, salam hormat dan salam kejayaan!

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (4 comments so far)


  1. mb
    5 years ago

    USP… maklumat berguna,…


  2. Anas
    5 years ago

    Perkongsian yang sangat bermanfaat dan membantu.Walaupun saya sudah tahu sedikit sebanyak tentang usp tapi artikel ini menambah perisa pada pemahaman saya.Terima kasih Tuan Gerry.


  3. Mohd Redzuan
    5 years ago

    Info penuh Manfaat.. Tahniah !

    Semoga banyak lagi diluar sana mengambil inisiatif daripada mengharap “makan gaji”


  4. Zuraida ibrahim
    5 years ago

    Thanks di atas tip dan ilmu yg dikongsi dgn kami.
    Syukur.

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.