5 Tabiat Pemusnah Kejayaan Usahawan Internet

Selamat bertemu kembali di dalam ruangan Blog Jejak Usahawan Internet. Saya doakan semoga anda sentiasa sihat dan bahagia bersama rakan dan keluarga tersayang. Saya juga doakan semoga anda akan terus mencapai kejayaan di dalam dunia bisnes internet.

Kita sentiasa terdengar dan sering terbaca mengenai faktor-faktor atau tabiat yang menjadi penentu kejayaan seseorang usahawan. Sudah banyak artikel dan buku yang telah ditulis mengenai tip-tip kejayaan ini. Pada hemat saya, amat kurang artikel atau rujukan yang berkongsi tentang tabiat atau keburukan yang boleh menjadi batu penghalang di dalam pengembaraan seseorang usahawan internet untuk mencapai kejayaan di dalam bisnesnya.

Dalam pada itu, di dalam coretan saya pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang 5 tabiat yang boleh menjadi pemusnah kepada keinginan anda untuk mencapai kejayaan di dalam bisnes internet anda. Semoga anda akan mendapat manfaat yang sewajarnya daripada perkongsian saya ini.

Mari kita mulakan

1.    Suka Bertangguh

Saya perlu mengaku bahawa inilah di antara tabiat paling utama saya yang memang agak mencabar untuk saya ubah iaitu tabiat suka bertangguh atau dalam Bahasa Inggeris adalah procrastination. Jika anda memiliki tabiat ini, anda akan sering memberikan alasan mengapa tidak perlu melakukan sesuatu perkara yang penting untuk bisnes internet sekarang. Anda akan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukannya seperti anda akan melakukannya besok, atau minggu depan, atau selepas menonton satu rancangan televisyen atau selepas bangun tidur, dan sebagainya. Selalunya kerja yang kita tangguhkan itu terus tertangguh dan kita tidak melakukannya pada masa yang telah kita katakan itu. Oleh itu, tabiat ini menjadi di antara pencuri masa yang paling utama buat seseorang usahawan internet.

2. Tidak Mahu Berubah

Satu lagi tabiat buruk yang menjadi penghalang kepada kita untuk berjaya adalah tabiat tidak mahu berubah atau suka kepada status quo. Apabila kita didedahkan kepada pelbagai perkara baru seperti perisian baru, cara pemasaran baru atau cara baru untuk melakukan sesuatu kerja, kita berasakan yang kita tidak memerlukan semua itu. Kita mengandaikan bahawa kita boleh berjaya dengan terus melakukan apa yang telah kita lakukan selama ini tanpa perlu berubah. Cabarannya di sini adalah dunia bisnes internet sentiasa berubah. Apa yang telah berjaya sebelum ini belum tentu lagi akan berjaya pada masa hadapan. Oleh itu, sikap atau tabiat kita yang tidak suka kepada perubahan ini bakal menjadi batu penghalang kepada kejayaan kita.

3. Suka Berpandangan Negatif

Sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari dari bersikap atau berasa yang orang lain adalah lebih baik daripada kita. Lebih-lebih lagi jika kita masih lagi baru kepada dunia bisnes internet atau lebih dikenali sebagai newbie. Apabila kita melihat usahawan internet lain mencapai kejayaan, kita mungkin akan mengatakan bahawa Dia bolehlah, dia memang pandai bercakap atau Dia memang pandai IT, sebab tu dia boleh berjaya. Kita sering beranggapan bahawa kejayaan itu cuma boleh diperolehi oleh orang lain sahaja dan bukannya kita. Kita cuma mampu untuk mencapai kejayaan secara kecil-kecilan sahaja. Tidak layak untuk mencapai kejayaan yang besar di dalam kehidupan kita. Sikap atau tabiat ini tidak sihat dan boleh merencatkan kejayaan kita di dalam bisnes internet.

4. Pengurusan Kewangan Rapuh

Sebagai seorang usahawan internet yang mungkin cuma menjalankan bisnes internet anda secara seorang diri, anda sudah perlu menitik-beratkan soal pengurusan kewangan di dalam bisnes internet anda. Terlalu ramai usahawan internet baru yang tidak pandai menguruskan kewangan bisnes internet mereka sehingga membuatkan mereka tidak mampu menjana keuntungan yang besar di dalam bisnes internet. Terlalu ramai yang langsung tidak mengendahkan pengetahuan dan ilmu pengurusan kewangan yang baik untuk bisnes internet mereka. Jika anda secara berseorangan gagal menguruskan kewangan anda, bagaimana pula keadaannya jika anda sudah memiliki bisnes yang besar dengan jumlah pekerja yang ramai? Sudah pasti anda akan menghadapi masalah yang lebih besar. Oleh itu, tingkatkan pengetahuan kewangan anda untuk membantu anda berjaya pada masa hadapan.

5. Berhenti Belajar

Terus terang saya katakan bahawa di antara faktor kejayaan seseorang usahawan internet adalah dia tidak akan berputus asa dan berhenti dari mempelajari ilmu keusahawan dan juga ilmu kejayaan. Gedung ilmu dunia terlalu besar dan terlalu banyak lagi perkara yang belum kita ketahui mengenai ilmu keusahawan, ilmu kejayaan, ilmu pemasaran, ilmu komunikasi dan pelbagai ilmu lain yang menjadi tonggak kejayaan buat seseorang usahawan internet. Malangnya kita seringkali bergelut dengan nafsu kita yang tidak ingin mempelajari sesuatu perkara baru yang berguna untuk bisnes internet kita. Dunia bisnes internet berubah dengan pantas. Oleh itu, sudah pasti akan ada ilmu-ilmu baru yang boleh kita pelajari untuk meningkatkan kejayaan bisnes internet kita.

Itulah 5 tabiat yang boleh menjadi pemusnah kepada kejayaan kita sebagai seorang usahawa internet. Marilah kita bersama-sama berusaha mengikis tabiat-tabiat buruk ini agar kita akan menjadi usahawan internet yang lebih berjaya selepas ini, Insya-Allah.

Sehingga berjumpa lagi di kesempatan yang lain. Salam hormat dan salam kejayaan dari saya.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Facebook Comments:

Leave A Reply (6 comments so far)


  1. Top Niaga Mall
    4 years ago

    Semua perkara di atas ada dalam diri saya 🙁
    sekarang baru tersedar yang banyak saya tangguh2kan .
    InsyaAllah akan lebih bersemangat untuk terus maju ke hadapan .


  2. Azmadi
    4 years ago

    Terima kasih En Eruwan Gerry diatas perkongsian dan penerangan mengenai dunia bisnes dan internet, inilah ilmu yang patut di pelajari orang yang macam saya. t,kasih….


  3. saharol
    4 years ago

    Artikel yang menarik dan buat ingatan untuk diri dan sememangnya bukan senang nak buang semua tabiat2 tu, tapi yang pastinya tak mustahil. Kena terus usahakan dan jangan putus asa.


  4. ayat jiwang
    4 years ago

    Yg pertama tu masalah besar bg saya…xtau knp…


  5. Hanif Abdul Bahar
    4 years ago

    Sememangnya faktor-faktor inilah yang juga menahan saya dari bergerak ke hadapan. Terima kasih kerana memperingati tentang ini.


  6. Fairuza Mansor
    3 years ago

    Emm, agak tepat kesemuanya.

    Sedang berusaha untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan mampu mengorak langkah kejayaan demi kejayaan.

    Didoakan agar kita semua mampu untuk melakukannya. 😉

Eruwan Gerry Norsen
Usahawan Makan Gaji


 

PERCUMA Untuk Anda
 
PERCUMA Untuk Anda!

Laporan Khas: Rahsia Kejayaan
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Sila isi nama dan email anda di bawah
untuk menerima laporan ini secara PERCUMA!

Nama:
Email:
 
New Page 1
 

Rujukan Penting!

Sila klik pada imej untuk maklumat lanjut produk.